Syurga Yang Tak Dirindukan

 

Syurga Yang Tak Dirindukan  Sebuah filem yang menyentuh jiwa dan membuat kita berfikir tentang cinta, kesetiaan dan takdir serta ujian yang harus diharungi demi sebuah kehidupan.

 

Anda salah seorang peminat filem box office Indonesia Syurga Yang Tak Dirindukan? Pasti anda dah tengok filem ini yang telah ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 16 Februari 2017 yang lalu.

 

Filem dari novel popular ini memaparkan jalan cerita penuh perasaan dan berkisarkan tentang hidup berpoligami, serta pengorbanan seorang isteri untuk menerima kehadiran wanita lain.

 

Sinopsis filem Surga Yang Tak Dirindukan, mengisahkan sepasang suami isteri Pras (Fedi) dan Arini (Bella) kembali meneruskan kehidupan bersama puteri mereka, Nadia setelah isteri kedua Meirose (Raline) membawa diri. Arini mendapat undangan ke Budapest, Hungaria untuk mempromosikan bukunya.

 

Tanpa diduga, takdir menemukan mereka sekeluarga bersama Meirose dan anaknya Akhbar. Pemergian Meirose bersama Akhbar dahulu adalah mula hidup baru demi melupakan masa lampau yang hampir menghancurkan rumahtangga Arini.

 

Meskipun Meirose masih menyintai Pras, dia tekad untuk diceraikan. Namun, pertemuan semula dengan Arini membuatkan dia berbelah bahagi kerana dia mengharapkan Meirose kembali ke pangkuan Pras.

 

Namun, kehadiran Doktor Syarief (Reza) dalam hidup Meirose menimbulkan tanda tanya Apakah kesudahan kisah mereka? Sejuta pertanyaan dan kejutan mewarnai SYTD2.

 

 

Leave a Reply