Tempat Membeli Belah Menarik Di Shah Alam

Jom kita tengok apa Tempat Membeli Belah Menarik Di Shah Alam yang berdekatan dengan Adam Homestay Shah Alam Seksyen 7?

 

Setia City Mall

Dari Adam Homestay Shah Alam Seksyen 7 ke Setia City Mall cuma 20 minit sahaja. Ia Merupakan sebuah kompleks membeli belah yang masih baru yang ada di Shah Alam. Di sini terdapat pelbagai jenis produk sama ada berjenama tempatan atau luar untuk di beli. Tarikan hiburan keluarga juga banyak seperti bowling,wayang, capcom station dan sebagainya. Memang sesuai untuk anda shopping mahupun sekadar untuk menghabis kan masa dengan hiburan indoor yang ada di sini.

 

Plaza SACC

Dari Adam Homestay Shah Alam Seksyen 7 ke Plaza SACC cuma 5 minit sahaja. Sebuah pasaraya di Shah Alam yang sangat menarik dari segi senibinanya dan banyak juga pilihan restoran yang menarik yang ada di sini. Berjalan dan cuci-cuci mata di sini lebih menenagkan kerana kawasan jalan kaki yang lebih lapang dan tidak telalu sempit di beberapa komples membeli belah yang lain. Pilihan barangan yang ada disini juga tidak kurang banyak nya.

 

Plaza Alam Central

Sebuah kompleks membeli belah yang agak besar dan mempunyai lot kedai yang sangat banyak dan pilihan restoran-restoran yang menarik dan banyak. Setiap hujung minggu memang ramai warga Shah Alam yang datang ke sini untuk shopping dan santai-santai bersama kawan-kawan bermain bowling atau tengok wayang. Tingkat 3 di dalam kompleks ini khas untuk barangan IT dan yang menariknya wifi free disediakan. Dari Adam Homestay Shah Alam Seksyen 7 ke Plaza Alam Central cuma 5 minit sahaja.

 

Kompleks PKNS Shah Alam

Dari Adam Homestay Shah Alam Seksyen 7 ke Kompleks PKNS Shah Alam cuma 5 minit sahaja. Terletak di dalam satu kompleks bangunan yang tidak berapa b aru dan rata-rata peniaga di sini adalah golongan melayu. Konsep perniagaan di sini lebih kepada bazar dan beberapa lot kedai. Kalau anda ingin mencari pakaian wanita seperti baju kurung, tudung, dan sebagainya sangat dicadangkan untuk jenguk-jenguk ke sini. setiap kali bulan ramadhan mesti penuh dengan kunjungan warga Shah Alam untuk mencari baju raya.

 

Uptown Shah Alam Seksyen 24

Merupakan sebuah uptown (bazar larut malam) yang terleta di Kompleks Muhibbah Shah Alam Syeksen 24 dan diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Di sini juga menempatkan lebih 400 buah kedai dan bazar yang menjual pelbagai jenis barangan yang boleh anda beli. Beroperasi se awal 8:30 malam hingga 3 pagi. Satu tempat menarik di Shah Alam pada waktu malam yang bole anda lawati kelak.

Walaupun kawasan Shah Alam tidak mempunyai terlalu banyak pilihan destinasi tempat shopping dan membeli belah, namun mujurlah lokasinya yang berdekatan dengan kawasan lain yang banyak dengan shopping mall seperti Petaling Jaya mahupun Subang Jaya.

Dari Adam Homestay Shah Alam Seksyen 7 ke Uptown Shah Alam Seksyen 24 cuma 10 minit.

 

 

 

PS : Jika anda ada bercadang nak ke Shah Alam boleh singgah tidur di Adam Homestay Shah Alam Seksyen 7 sebelah uitm jea. Whatsapp segera untuk booking 018-775 1456 (En Hafiz) atau isi borang di bawah untuk pihak kami menghubungi anda.

 

Leave a Reply